Wednesday, 1 July 2015
HANYA KERANA KUCING
Memang benci giler tengok kucing!!!
Kecomelan kucing tak mampu menghakis kebencian bila mana kucing jenis yang berak merata, suka curi makanan dan kadang kadang kukunya yang suka merosakkan harta benda 'awam'. Golongan ini kadang kadang bersikap kejam terhadap binatang ni. Di sepak terajang suka hati. Ada pulak bukan benci pun tapi saja seronok buli kucing. Yela, kucing bukan boleh buat report polis pun kan. Nak mengadu? Sesama jenis boleh la. Yang paling menyirap, boleh pula buat eksperimen bedah-bedah. Ambik pulak kucing hamil. Bro, kau tak de hati perut ke?? Ada pulak yang sengaja cederakan binatang. Baik bunuh terus dari biar binatang ni terseksa sampai mati. Cacat seumur hidup. Tidak berperikemanusiaan.
Ada member aku bela kucing banyak. Baru ni dia pindah rumah. Nak jadi cerita, jiran dia tak suka kucing. Kucing dia pula jenis bebas. Memang tak kurung sebab kucing biasa ja pun. Ada pula seekor kucing ni pi berak kawasan rumah jiran dia ni. Jiran dia terus repot dekat tuan rumah. Tuan rumah pun bagi tahu lah kat member aku ni. Kawan aku angin lah. Sebelah rumah ja pun. Cakap depan depan lah senang. Tapi tak pa. Sabar. Member aku pun ambik inisiatif beli pasir kucing. Nasib kucing dia jenis dengar juga. Lepas tu aman sekejap. Tak lama lagi lepas tu, tuan rumah forward mesej. Jiran dia rupanya mengadu lagi. Katanya tak tahan bau kucing. Kucing berak depan rumah. Dia tak suka katanya. Tambah lagi, katanya kawasan kejiranan kat sini dah tak aman sejak member aku ni pindah. Jadi dia minta tuan rumah tolong selesaikan benda ni. MEAN, dia suruh member aku ni pindah. Kawan aku pun sound la jiran dia ni. Member aku cakap, kalau tak puas hati, ada masalah, cakap depan. Ni apahal sampai nak suruh tuan umah halau? Jiran dia diam tak kata apa. Member aku stress bukan apa. Kawasan dia duduk rumah taman. Bukan kucing dia seekor ja yang hidup kat sini. Nak buang kucing dia memang tak sampai hati. Lastly, member aku cakap, mungkin dia akan cari rumah lain. Dia harap jiran dia dapat pengajaran lepas ni.
Sunday, 31 May 2015
Sunday, 17 May 2015
ROHINGYA
Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnikberagama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di BaratBurma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagaiArakan).
PENCABULAN HAK-HAK ASASI KEMANUSIAAN
Menurut Amnesty International, orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.
"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."
"Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan "pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran."
"Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan."
Pada 6 Februari 2009, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda telah mengkritik Burma kerana menzalimi pelarian Rohingya, selepas hampir 400 orang pelarian Rohingya diselamatkan di pantai Sumatra pada Januari 2009.
PELARIAN
Gelombang berikutnya yang mengandungi ratusan ribu orang Rohingya yang melarikan diri daripada Burma dan ramai pelarian itu membanjiri negara jiran iaitu Bangladesh seramai 250,000 orang pada tahun 1978 kesan daripada Operasi King Dragon di Arakan. Pada tahun 1991, berikutan tindakan keras terhadap orang Rohingya, seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di daerah Cox's Bazar di Bangladesh. Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke negara tersebut yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masil berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh,Pakistan, Arab Saudi, UAE, Thailand,Malaysia dan Indonesia. Bermula pada tahun 2005,UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.
Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan.Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang etnik Rohingya berada di Myanmar.
PENAFIAN HAK WARGANEGARA
Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara ini pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.
Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali yang tinggal di negara ini sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948 serta anak mereka, dianggap sebagai warganegara.
Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara ini.
Pada asasnya, sukar untuk kebanyakan keturunan Bengali mendapatkan status warganegara dan mereka menghadapi diskriminasi selain pergerakan yang dihadkan, isu perkahwinan dan anak.
Barangsiapa yang membantu kebutuhan saudaranya, maka Allah akan memenuhi kebutuhannya. Barangsiapa yang melepaskan seorang muslim dari suatu kesulitan, maka Allah akan melepaskannya dari kesulitan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat kelak.” (HR. Bukhari-Muslim)
Untuk menderma layarihttps://m.facebook.com/TKURohingya?refsrc=https%3A%2F%2Fms-my.facebook.com%2FTKURohingya
Sumbangan anda amat diharapkan.

Saturday, 16 May 2015
SIAPA SANGKA NENEK INI HAMIL 50 TAHUN
Pelik tapi benar – Seorang nenek berumur 75 tahun mengandungkan bayi selama hampir 50 tahun
Ketika berumur 26 tahun, pada tahun 1955, Zahra Aboutalib telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami kesakitan selama 48 jam untuk bersalin. Doktor ingin menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi ini tetapi Zahra terlalu takut dan sanggup lagi menahan kesakitan sehingga beberapa hari. Setelah beberapa hari, tiba-tiba sakit untuk bersalin berhenti dan dia percaya bayi ini akan lahir kemudian tetapi ini tidak terjadi, bayi itu tidak juga lahir-lahir.
Pada umur 75 tahun, tiba-tiba Zahra terasa sakit perut macam hendak bersalin dan dia telah membuat pemeriksaan doktor dan rahimnya telah discan. Alangkah terkejutnya apabila terdapat seketul benda berbentuk bayi yang dibaluti oleh cangkerang yang agak keras (macam mumi) di rahimnya. Ini bermakna, Zahra telah mengandungkan bayi ini hampir 50 tahun lamanya. Kandungan ini telah membesar di luar rahim dan telahpun bersatu dengan organ dalaman Zahra. Secara fisiologinya, bagi melindungi tubuhnya daripada jangkitan penyakit bawaan daripada bendasing dalam badannya, badannya telah bertindak membina lapisan cangkerang yang membaluti bayi yang tidak pernah dilahirkan ini.
Akhirnya pembedahan ke atas Zahra dilakukan bagi mengeluarkan bayi dalam bentuk mumi ini. Itulah kekuasaan Allah, Dia berbuat apa yang disukai-Nya. Wallahu a’lam.

Subscribe to:
Comments (Atom)